Merujuk kepada pesanan SMS, e-mel, dan pesanan chat persendirian yang telah diedarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, PR1MA ingin menyatakan bahawa PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran. Rakyat Malaysia daripada golongan pertengahan, iaitu berpendapatan daripada RM2,500 hingga RM15,000, boleh terus mendaftar melalui laman web kami www.pr1ma.my pada bila-bila masa. Untuk keterangan lanjut dan sumber maklumat yang sahih, sila layari laman web yang sama.