Sertai Karnival GIGA PR1MA Homes di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, hujung minggu ini, Pada 28 & 29 September 2024. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua. Ikuti media sosial PR1MA untuk maklumat lanjut. Jumpa anda di sana!

Soalan Lazim 
Mengenai PR1MA Homes

Kempen GIGA PR1MA Homes

1. Apakah Kempen GIGA PR1MA Homes?
Kempen GIGA PR1MA Homes ialah promosi masa terhad yang menawarkan tawaran eksklusif dan insentif ke atas pembelian kediaman PR1MA sepanjang tempoh kempen berlangsung. Tawaran menarik (Tertakluk pada Terma & Syarat) termasuk:

  • Diskaun dan rebat istimewa,
  • Pengecualian yuran guaman perjanjian jual beli rumah,
  • Kadar faedah/keuntungan pembiayaan perumahan daripada serendah 3.8% untuk bank terpilih, dan
  • Pembiayaan perumahan sehingga 120% harga perjanjian jual beli rumah.
  • Kempen GIGA PR1MA Homes akan berlangsung dari 28 September 2024 sehingga 31 Januari 2025.

    Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi kempen: gigahomes.pr1ma.my.

    Senarai projek PR1MA yang terlibat dalam Kempen GIGA PR1MA Homes boleh didapati di laman web rasmi kempen gigahomes.pr1ma.my. Projek-projek ini merangkumi pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

    • Warganegara Malaysia,
    • Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas,
    • pendapatan individu atau gabungan isi rumah (suami & isteri) antara RM2,500 hingga Rm15,000 sebulan (pendapatan kasar),
    • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja,; dan
    • Semua pembelian yang memenuhi terma & syarat kempen seperti yang dinyatakan di laman web rasmi: gigahomes.pr1ma.my

    Pembeli-pembeli kediaman PR1MA adalah layak untuk menyertai cabutan bertuah (kategori pembeli) untuk Kempen GIGA PR1MA Homes jika semua kriteria berikut dipenuhi:

    • Semua tempahan untuk projek-projek PR1MA yang terlibat mesti dibuat dalam tempoh kempen, dari 28 September sehingga 31 Januari 2025.
    • Semua Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan mesti ditandatangani dan dimeterai dalam tempoh 60 hari dari tarikh
      tempahan
      dilakukan.
    • Pembelian yang mendapat pembiayaan perumahan secara penuh (100%), bayaran penuh daripada Harga Beli mesti dijelaskan oleh pembiaya kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
    • Pembelian yang mendapat pembiayaan perumahan kurang daripada seratus peratus (<100%), pembayaran wang beza dan bayaran penuh pembiaya mesti dijelaskan kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
    • Pembelian secara tunai, bayaran penuh daripada Harga Beli mesti dijelaskan kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
    Keputusan cabutan bertuah (kategori pembeli) akan diumumkan di laman web rasmi kempen, laman web rasmi PR1MA dan akaun rasmi media sosial PR1MA. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui SMS dan e-mel yang didaftarkan dalam rekod pendaftaran PR1MA. Sekiranya terdapat sebarang kegagalan penghantaran keputusan cabutan bertuah melalui SMS atau e-mel berdaftar, PR1MA tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan tersebut.
    Semua hadiah cabutan bertuah (kategori pembeli) mesti dituntut dalam tempoh 45 hari dari tarikh cabutan bertuah. Jika tidak dituntut dalam tempoh ini, kemenangan dan hadiah akan dibatalkan tanpa sebarang notis lanjut. PR1MA tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pemenang untuk menuntut hadiah cabutan bertuah tersebut.

    Karnival GIGA PR1MA Homes

    9. Bilakah dan dimanakah Karnival GIGA PR1MA Homes akan diadakan?
    Karnival GIGA PR1MA Homes akan diadakan pada 28 dan 29 September 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam, bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. 

    Aktiviti dan program sepanjang acara termasuklah:

    • Persembahan pentas dan konsert oleh artis-artis jemputan terkemuka,
    • Cabutan bertuah untuk pengunjung karnival yang berdaftar dan layak,
    • Hadiah misteri untuk pembelian dalam tempoh acara pelancaran GIGA PR1MA Homes (28 dan 29 September 2024). Tertakluk pada terma dan syarat,
    • Tawaran istimewa untuk kediaman PR1MA terpilih,
    • Reruai jualan sehenti PR1MA,
    • Reruai institusi-institusi kewangan,
    • Reruai rakan-rakan strategik,
    • Reruai pameran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
    • Perasmian oleh YB Tuan Nga Kor Ming pada 29 September 2024, jam 11.30 pagi,
    • Penampilan istimewa pempengaruh media sosial terkemuka, Dr Say,
    • Aktiviti sekeluarga,
    • Aktiviti menaiki belon udara panas,
    • Pelbagai peraduan untuk pengunjung,
    • Sesi bergambar dengan maskot terkenal,
    • Sesi karaoke terbuka, dan
    • Trak makanan.

    Ya, Karnival GIGA PR1MA Homes terbuka kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, hanya pengunjung berdaftar dengan PR1MA
    (https://prs.pr1ma.my/register) yang layak untuk menyertai cabutan bertuah (kategori pengunjung) bagi Karnival GIGA PR1MA Homes.

    Cabutan bertuah (kategori pengunjung) bagi karnival akan diadakan pada kedua- dua hari Karnival GIGA PR1MA Homes, iaitu 28 dan 29 September 2024. Cabutan akan berlangsung beberapa kali sepanjang hari, dan pemenang akan diumumkan secara langsung pada setiap penutupan sesi cabutan bertuah.
    Setiap pengunjung yang berdaftar hanya layak menyertai dan memenangi satu (1) cabutan bertuah (kategori pengunjung) sahaja sepanjang dua hari Karnival GIGA PR1MA Homes berlangsung.
    Semua keputusan cabutan bertuah akan diumumkan di lokasi karnival bagi beberapa sesi sepanjang 2 hari karnival dijalankan. Hanya pemenang cabutan bertuah yang memenuhi terma & syarat cabutan tersebut dengan bukti kad pengenalan diri dan tiket cabutan bertuah Karnival GIGA PR1MA Homes yang lengkap dengan maklumat yang diperlukan. Pemenang cabutan bertuah mesti hadir secara peribadi di lokasi untuk menuntut atau menebus hadiah cabutan bertuah tersebut.

    Penafian:

    Pihak PR1MA berhak, atas budi bicara mutlaknya, mengubah dan menyemak semula Terma & Syarat di atas, termasuk penukaran tempoh promosi, hadiah, atau pembatalan kempen dan tawaran tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Dengan menyertai kempen ini, anda setuju untuk menerima dan mematuhi semua terma & syarat, termasuk sebarang perubahan pada terma & syarat tersebut.

    Ikuti PR1MA di Media Sosial