Soalan Lazim Mengenai PR1MA Homes
Kempen GIGA PR1MA Homes
1. Apakah Kempen GIGA PR1MA Homes?
2. Berapa lamakah tempoh kempen ini akan berlangsung?
3. Di manakah saya boleh mendapatkan butiran lanjut berkenaan kempen dan promosi GIGA PR1MA Homes?
Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi kempen: gigahomes.pr1ma.my.
4. Apakah senarai projek yang terlibat untuk kempen GIGA PR1MA Homes?
Senarai projek PR1MA yang terlibat dalam Kempen GIGA PR1MA Homes boleh didapati di laman web rasmi kempen gigahomes.pr1ma.my. Projek-projek ini merangkumi pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.
5. Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
- Warganegara Malaysia,
- Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas,
- pendapatan individu atau gabungan isi rumah (suami & isteri) antara RM2,500 hingga Rm15,000 sebulan (pendapatan kasar),
- Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja,; dan
- Semua pembelian yang memenuhi terma & syarat kempen seperti yang dinyatakan di laman web rasmi: gigahomes.pr1ma.my
6. Apakah syarat kelayakan untuk menyertai cabutan bertuah (kategori pembeli) untuk Kempen GIGA PR1MA Homes?
Pembeli-pembeli kediaman PR1MA adalah layak untuk menyertai cabutan bertuah (kategori pembeli) untuk Kempen GIGA PR1MA Homes jika semua kriteria berikut dipenuhi:
- Semua tempahan untuk projek-projek PR1MA yang terlibat mesti dibuat dalam tempoh kempen, dari 28 September sehingga 31 Januari 2025.
- Semua Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan mesti ditandatangani dan dimeterai dalam tempoh 60 hari dari tarikh
tempahan dilakukan. - Pembelian yang mendapat pembiayaan perumahan secara penuh (100%), bayaran penuh daripada Harga Beli mesti dijelaskan oleh pembiaya kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
- Pembelian yang mendapat pembiayaan perumahan kurang daripada seratus peratus (<100%), pembayaran wang beza dan bayaran penuh pembiaya mesti dijelaskan kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
- Pembelian secara tunai, bayaran penuh daripada Harga Beli mesti dijelaskan kepada PR1MA dalam tempoh 90 hari dari tarikh tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan.
7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika saya pemenang cabutan bertuah (kategori pembeli)?
8. Bilakah saya boleh menuntut hadiah cabutan bertuah (kategori pembeli) jika saya menang?
Karnival GIGA PR1MA Homes
9. Bilakah dan dimanakah Karnival GIGA PR1MA Homes akan diadakan?
10. Apakah aktiviti dan program yang diadakan sepanjang Karnival GIGA PR1MA Homes?
Aktiviti dan program sepanjang acara termasuklah:
- Persembahan pentas dan konsert oleh artis-artis jemputan terkemuka,
- Cabutan bertuah untuk pengunjung karnival yang berdaftar dan layak,
- Hadiah misteri untuk pembelian dalam tempoh acara pelancaran GIGA PR1MA Homes (28 dan 29 September 2024). Tertakluk pada terma dan syarat,
- Tawaran istimewa untuk kediaman PR1MA terpilih,
- Reruai jualan sehenti PR1MA,
- Reruai institusi-institusi kewangan,
- Reruai rakan-rakan strategik,
- Reruai pameran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
- Perasmian oleh YB Tuan Nga Kor Ming pada 29 September 2024, jam 11.30 pagi,
- Penampilan istimewa pempengaruh media sosial terkemuka, Dr Say,
- Aktiviti sekeluarga,
- Aktiviti menaiki belon udara panas,
- Pelbagai peraduan untuk pengunjung,
- Sesi bergambar dengan maskot terkenal,
- Sesi karaoke terbuka, dan
- Trak makanan.
11. Adakah Karnival GIGA PR1MA Homes ini terbuka kepada orang ramai?
Ya, Karnival GIGA PR1MA Homes terbuka kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, hanya pengunjung berdaftar dengan PR1MA
(https://prs.pr1ma.my/register) yang layak untuk menyertai cabutan bertuah (kategori pengunjung) bagi Karnival GIGA PR1MA Homes.
12. Bilakah cabutan bertuah (kategori pengunjung) bagi karnival ini akan diadakan?
13. Jika saya menang cabutan bertuah (kategori pengunjung) untuk karnival, bolehkah saya menyertai sesi cabutan bertuah yang seterusnya?
14. Bagaiamanakah cara saya mengetahui jika saya memenangi cabutan bertuah (kategori pengunjung) Karnival GIGA PR1MA Homes dan bagaimana cara menuntut hadiah cabutan bertuah (kategori pengunjung)?
Penafian:
Pihak PR1MA berhak, atas budi bicara mutlaknya, mengubah dan menyemak semula Terma & Syarat di atas, termasuk penukaran tempoh promosi, hadiah, atau pembatalan kempen dan tawaran tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Dengan menyertai kempen ini, anda setuju untuk menerima dan mematuhi semua terma & syarat, termasuk sebarang perubahan pada terma & syarat tersebut.