Sertai Karnival GIGA PR1MA Homes di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, hujung minggu ini, Pada 28 & 29 September 2024. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua. Ikuti media sosial PR1MA untuk maklumat lanjut. Jumpa anda di sana!

Terma & Syarat

Terma dan Syarat Penggunaan

Syarat-syarat berikut mengawal penggunaan laman web ini. Walaupun notis ini panjang, kami percaya adalah penting untuk anda membaca terma dan syarat dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini.

Terma dan syarat ini mungkin diubah dari masa ke masa tanpa pemberitahuan.

1. Penerimaan Terma dan Syarat

Jika anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda secara automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat oleh terma dan syarat penggunaan berikut (termasuk garis panduan dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh PR1MA dari masa ke masa), yang bersama-sama dengan dasar privasi kami, mengawal hubungan antara PR1MA dengan anda berhubung dengan laman web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma dan syarat ini, sila jangan gunakan laman web kami.

Anda bersetuju bahawa PR1MA boleh mengubah, meminda dan mengemaskini terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan laman web pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan. Dengan terus menggunakan laman web ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat oleh sebarang pindaan atau pengubahsuaian pada terma dan syarat ini.

Disebabkan sifat global infrastruktur internet, maklumat yang anda berikan mungkin dipindahkan dan disimpan di negara lain. Dengan menyerahkan maklumat anda, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut.

Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki atau dilesenkan kepada kami. Bahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada reka bentuk, susun atur, rupa, penampilan dan grafik. Pengeluaran semula adalah dilarang.

Anda bersetuju untuk membenarkan PR1MA berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di sini merujuk kepada tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan pesanan ringkas, perkhidmatan pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, mesej segera.

2. Pendaftaran

Untuk mendaftar, anda mesti memberikan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran. Kata laluan unik akan dihantar ke alamat e-mel anda untuk membolehkan anda mengakses data maklumat anda. Apabila memilih kata laluan peribadi anda, anda tidak boleh menggunakan perkataan yang lucah, menghina atau berkemungkinan menyinggung perasaan.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan alamat e-mel anda, dan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau alamat e-mel anda sama ada digunakan oleh anda atau pihak lain yang tidak dibenarkan.

Akaun anda hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dan anda tidak akan membenarkan akses serentak menggunakan maklumat akses yang sama.

Laman web ini disediakan berdasarkan “as is”. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang tepat pada halaman ini, PR1MA atau mana-mana kakitangannya tidak membuat sebarang jaminan, nyata atau tersirat, atau menanggung sebarang tanggungjawab undang-undang untuk kesesuaian, kebolehpercayaan, ketepatan masa, ketepatan atau kelengkapan maklumat yang dipaparkan di laman web. Maklumat di laman web mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan tipografi. Maklumat mungkin diubah atau dikemaskini tanpa notis. PR1MA juga boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan kepada laman web pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Anda bersetuju untuk:

2.5.1: memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap tentang diri anda sebagaimana yang diminta oleh borang pendaftaran dan

2.5.2: mengekalkan dan segera mengemas kini data pendaftaran tersebut supaya tepat, terkini dan lengkap.

Jika anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, atau jika PR1MA mengesyaki bahawa maklumat tersebut tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, PR1MA berhak untuk menggantung atau menghapuskan data anda dan mengeluarkan anda daripada proses undian.

Laman web mungkin tidak boleh diakses oleh semua peranti yang bersambung ke internet. Anda menanggung tanggungjawab sepenuhnya terhadap peralatan pengguna akhir dan perisian yang diperlukan untuk mengakses laman web dan menanggung semua risiko yang berkaitan.

Laman web mungkin tidak boleh diakses dari semua wilayah, negeri dan negara di dunia. PR1MA berhak, atas budi bicara tunggalnya, untuk mengehadkan atau menamatkan keupayaan anda mengakses laman web dari wilayah, negeri atau negara tertentu, dan anda menanggung semua risiko yang berkaitan dengan aksesibiliti laman web dari mana-mana wilayah atau negara di dunia.

Penggunaan anda terhadap laman web ini dan sebarang pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman web ini tertakluk kepada undang-undang tempatan, serantau dan antarabangsa.

PR1MA berhak untuk mengehadkan atau melarang kemasukan anda ke laman webnya atas budi bicara tunggalnya dan tidak akan bertanggungjawab atasnya.

Ikuti PR1MA di Media Sosial